Pelaburan 101

Ada satu komik pendek yang aku baca kat Facebook. Tajuk dia lebih kurang “Cara terbaik untuk invest”. Dia mulakan dengan sedikit “clickbait”. Samalah dengan tajuk posting ni.

Mula-mula aku ingatkan mesej dia kearah cara-cara nak invest dalam bursa dsb. Tetapi rupanya mesej dia ialah, pelaburan terbaik adalah, pelaburan kepada diri sendiri. Aku letak link ke url tu dekat bawah (tak jumpa).

Sedikit cerita.

Lepas sekolah, ramai dalam kalangan kita mohon kerja, just to get some money before going to college etc. Ada yang dapat jadi designer dekat Majalah Jom, ada yang dapat tawaran Deenify, ada yang buat freelance design majalah. Memanglah tak dapat banyak, tapi adalah sikit duit beli kasut untuk pergi kelas.

Itu sesetengah orang akan buat.

Aku cuba benda yang sama, spam email dekat Deenify, Cocombees dan lain-lain dengan harapan diterima.

Sementera mengharap dengan harapan tidak terkena harapan palsu, aku buat satu pelaburan yang aku kita semua boleh buat, tapi ketekunan yang membezakannya. Iaitu pelaburan masa.

Aku 18, baru dapat lesen. Satu benda yang buat aku fikir, “Kereta mana yang lagi kuat makan minyak”. Nak kira pakai kalkulator, tak ingat formula. Aku fikir why not aku tulis simple app yang tolong kirakan.

Puas aku tengok berjam-jam video tutorial, dan berjaya tulis satu script guna php+html untuk kira fuel efficiency. Benda tu simple je, tapi masa tu aku ambil masa seminggu untuk buat.

Seminggu tu, korang sebenarnya belajar banyak benda. Bukan sahaja korang belajar macam mana nak tulis kode, korang juga akan tau nak pakai text editor apa, camana nak setup suasana lokal dan lain-lain.

Tapi, dengan masa yang ada tu, korang sebenarnya dah ambil langkah dari tak reti nak tulis php kepada reti tulis. Daripada tak tak reti nak cari solusi, korang dah tau kat mana nak cari. Daripada 1 meter korang dah pergi 10 meter, dengan bermula dengan satu kayuhan.

Pelan-pelan kita kayuh.

Dan bila korang kayuh lama-lama, bila korang labur masa korang untuk belajar dan buat benda baru. Perlahan-lahan benda yang dulu susah akan jadi senang.

Dulu mungkin korang perlukan 10 jam untuk satu bina satu benda, sekarang mungkin sehari. Dulu mungkin korang perlukan seminit untuk habiskan satu pusingan voledorm, sekarang mungkin 50 saat.

Korang takkan bina tesla, korang takkan pergi ke Marikh. Tapi korang dah buat pelaburan kepada diri sendiri yang pertama, dan nilai dan morale dalam diri korang akan meningkat dari masa ke masa.

Paling kurang pun, korang boleh pergi temu duga, “I’ve built my own ….”. Dapat kerja, sudah cukup untuk makan nasi lemak ciast atau cinta sayang setiap hujung minggu. Lapaq nasi lemak pulak malam buta ni.