Ramadhan2020 SwitchZ

Aku hype juga lah finally ada aku dah jumpa orang yang power digital marketing dan ada pengalaman buat sales.

Kalau korang selalu jual keropok goreng mungkin benda ni senang untuk korang.

Tapi sepi sebenarnya ianya satu skill untuk bina trust. Ianya perlukan masa. Dan setiap orang hanya ada 24 jam sehari.

Dan, siapa kata dia boleh tulis code sambil buat sales dalam satu hari. Dia penipu.

Untuk ringkasan, SwitchZ ialah final iteration of SwitchX, successor of SwitchY, SwitchXY software yang aku tulis 5, 3, 1 tahun lepas. Boleh baca: E-Commerce that build on simplicity.

Aku akan explain lagi dalam next-next-next blog post akan datang.

23 May, Faidhi tanya aku boleh tak aku features macam kiah.store dan yezza.io.

Ya, features tu aku dah tulis dekat kertas yang aku gantung dalam bilik dan aku dah tulis blog post untuk features tu beberapa bulan lepas, boleh baca sini.

Aku pula tanya faidhi boleh tak kita dapatkan n amount of subsribers untuk dapatkan n amount of outcome before akhir 2021.

InsyaAllah..

Mestilah boleh. Kena banyak doa.

Faidhi tanya NZ raya bila. Aku kata Isnin kot. Puasa lambat.

Tiba-tiba Fianz announce raya esok.

*** Maka, kelam kabutlah suruh Faidhi doa sementara dia masih dalam Ramadhan. ***

Original SwitchX source code (https://github.com/izzudin96/switchx). Written 5 years ago.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم