SwitchZ Early Access.

Aku tulis satu tweet, aku perlukan orang untuk join SwitchZ (codename sahaja) early access.

SwitchZ early access ialah access percuma untuk try software ni. So, korang boleh bagi tahu aku apa yang korang tak suka dan apa yang korang rasa aku improve dan features apa yang aku patut implement.

Dan untuk side aku, aku dapat validate idea/feature dan dapat detect bug pada peringkat awal. Jadi, tak de lah aku syok sendiri.

Adalah sorang kawan aku sorang ni blatantly reply “kalau SwitchZ ada potential, aku boleh suruh boss aku invest…” Macam tu lah. (Replied tweet deleted)

Aku tahu sekarang ni tengah trending invest sana-sini. Tapi janganlah blatantly reply macam tu. Tak akan membantu pun. Cukuplah aku berhenti twitter dulu sebab banyak benda merapu.

Dan shout out to Khairy dan Syafiq kerana interested, ana sangat menghargainya. Ana harap antuma sentiasa kacak, sihat dan bahagia. Dan begitu juga kepada 18 orang yang aku invite. Terima kasih kerana sudi menerima.

Aku tak perlukan ramai, mungkin lagi 10-15 orang. Faidhi akan cari selebihnya.

Aku bukannya tak tahu apa ‘angel’, venture, series A, series B, share A share B etc etc. 3 tahun lepas aku tulis investment portfolio management untuk syarikat pertama aku joined. Secara ringkasnya, kau buat valuation, pump duit dan dapat sebahagian daripada pegangan.

Dan, 5 tahun lepas aku pernah join ‘borak bisness’ dekat Jalan Reko, Kajang. Diskusi tentang, kenapa korang kena dapatkan pelaburan dari ai, vc etc. Aku tak berapa gemar dengan idea ‘jual air liur’ untuk dapatkan dana/geran dari pelbagai sumber macam mavcap, magic, kerajaan.

Bukan apa. Akhirnya korang bina produk berdasarkan orang lain punya expectation sebab dorang punya duit. Dan dorang akan involve in any way. Cukup-cukuplah hidup dengan expectation/target orang lain setkan. upsr5a, pmr9a, gpa9. Aku dah bosan. Korang sebenarnya boleh lebih tahu apa yang korang nak sebenarnya.

Bukan aku tolak secara total idea ni. Satu hari nanti mungkin perlu. Tapi aku percaya kepada organic growth dan aku tak percaya unicorn.

Realiti ialah, duit bukannya segalanya. Masa, tenaga usaha tu tak akan dapat dibeli dengan wang. Begitu juga dengan cinta. Kalau cinta kerana duit, tak akan kekal lama kerana duit akan habis juga.

Investment perlukan pengorbanan. Kalau korang invest duit, korang hilang duit, dengan harapan duit yang lagi banyak akan dapat. Sama dengan masa, tenaga dan usaha. Kalau korang invest dengan masa, korang akan kena korbankan sesuatu.

Aku rasa benda aku korbankan ialah gaming bermula pada tahun 2014. 600 subscribers YouTube, 400k YouTube total view dan kena buang asrama sebab fly untuk buat video baru. Bukan senang nak hilangkan game addiction. Boleh tengok video gaming dekat IGTV aku.

Tapi dengan korbankan benda tu, aku dapat kopiahmedia.com, Caliph Cloud, carazu.com, sekolahkini.com etc etc. Dan berdasarkan wakatime, untuk 2018 sahaja aku lebih 1000 jam spent untuk tulis code.

Aku tak nafikan, aku takkan dapat buat semua ni tanpa 8 tahun Haikal Adnin Mohd Naim di sisi. Terima kasih kerana laburkan telinga dan keringat dengan idea-idea selama ni. Dari dulu, sekarang dan akan datang.

Dari hari pertama jumpa dekat kisas, buat video untuk PM Najib. Sampai idea nama SwitchX bawah kipas masjid negeri Shah Alam (aku ada lagi gambar tu). Sampailah last kita jumpa dekat airport. Kau ini, one in 7 billion.

Lagi 12 hari, study aku nak sampai ke penghjungnya. Aku akan start tulis SwitchZ. Pada masa yang sama aku juga kena cari makan. Terpaksa lah aku spend 70 jam seminggu untuk 6 bulan seterusnya. Bagaikan menelan kaca.

Aku tahu ramai orang tiada kerja. Tambah pula dengan korona. Aku harap software yang aku tulis ni dapat bantu korang dapatkan rezeki tuhan yang luas dan juga kongsi dengan orang lain sekali. Korang semua investor kepada SwitchZ.

Dan jika semuanya dipermudahkan, insyaAllah akhir July, early access akan di buka untuk korang godek beberapa early features. Dan insyaAllah bulan 1, 2021 akan dibuka kepada public, dan sales akan bermula.

Tak sabar.