Time Left?

I’m super OCD when it comes to faster, less time, super-efficient, and high performance. I enjoy most working with ‘Performance Upgrade’ cards on Trello. Often there will be another way to ‘make it fast’. A simple shower thought will probably end up with an idea for at least a 50% better result.

$request->shouldChache() ? return $cache : return $response

You know? That’s 50% faster response! I made my day today.

This eventually affects the way I think and make decisions in life! I don’t like slow decisions. I don’t like approval. I don’t like appointments. I don’t like traffic lights. I don’t like people to wait for me. I don’t like waiting for people. Just move if I’m slow, leave me behind, I will catch you.

Still, I love roundabout! You’ll need to make a fast decision or you’ll get honked, especially in Shah Alam. Or worse, Kuala Lumpur when it’s Friday prayer time.

I know it feels bad when we make a bad decision but it’s okay to make one… If we are fast enough, we will always have time to fix it. Don’t wait, fix it.

I don’t feel like going anyway this one-month Christmas holiday. Well, it depends if Arif wants to somewhere. I got befast.my v2 coming up. It’s good Faidhi don’t wait for me, will catch him up!

carazu.com refresh

I don’t want slap in new technologies without trying it. Have a quick test drive and feels when using it.

I using Laravel + Vue.js for bfast. It feels clunky because for a few reasons.

The codes doubled up. I have to write products/create.blade.php and components/products/create.vue

Worst things, I have to create each components for each blade and each components may have its own components. Passing components between parent and child is not the most fun things to work with.

Not to mentioned RUNTIME ERROR! I’m not using Typescript!

I want to release features completely tested as fast as possible, without sacrificing user experience.

Not to mentioned TDD was a total failure. I shelved the whole Test Suite when using writing the front-end.

Best things to do know, is to add Livewire to the stack.

Adding Livewire directly to bfast would be a mess. Instead, I’m re-writing carazu.com for the weekend to test out this stack. I took a month to write carazu in 2018. I think I can re-write carazu.com this weekends.

Befast July Release

TL;DR

  • Befast July Release can be accessed this 3rd of August 2020. Not 31st of July.
  • Main focus are product management and customer sending WhatsApp messages through the site.
  • Hafiz akan teman aku deploy hari Ahad ni. Tak rayalah Hafiz.

Explain more.

Aku ingatkan bayar rent 5 minggu akan ada 5 weekend. Rupanya July ada 4 weekend je. Salah caturan, 3 Ogos lah korang boleh access befast.

Untuk July release, befast keluarkan features product management dan send WhatsApp message. Features ni most users boleh guna, sama ada business owner atau NGOs atau freelancers dan lain-lain.

Contohnya.

Lepas korang register akaun befast. Korang boleh terus add product and display dekat homepage online store korang. Dan akan ada butang send whatsapp message untuk customer tekan.

Aku akan hantar detailed email dekat early access users.

Hantar kat aku email korang kalau belum. Jenuh aku nak minta kat 40 orang.

Some throwback

Facebook pagi tadi release “on this day” memory tahun 2016, screenshot website kopiahmedia.com. Caption tu berbunyi “Newer system version of Kopiah Media is coming this August. For real! Ultra fast ordering system.”

Masa tu kopiahmedia migrate dari WordPress ke software yang aku tulis. Salah satu sebab kopiahmedia migrate ialah masa tu kitorang pakai cheap shared hosting. Dan satu penyakit workdpress ni, bila korang install theme premium atau plugins, memang macam siput loading dia. Masa tu pun bukan ada duit sangat nak subscribe VPS. Git pun merangkak apatah lagi SSH.

Ironinya system tu release bulan yang sama dengan befast. Dan logo designer untuk befast, Zahin Zul commented “Anticipated.” Coincidence.

Walaupun order masuk tak banyak, tapi software tu works just fine. Customer boleh order and send payment reference. Dan untuk kopiahmedia sendiri, kitorang boleh manage order dengan senang.

Aku ingat lagi lah beberapa orang yang order. Alief Asraf, Aiman Hamzah, Naqib Iman dll. Thanks Alief Asraf for joining befast early access dan semua yang beli baju tu dulu. Aku sangat menghargainya.

Aku discuss dengan Haikal Adnin untuk rewrite the entire software, tapi bukan untuk kopiahmedia, untuk semua small businesses. Aku rasa kalau dia solve problem kopiahmedia mesti dia akan dapat solve problem business lain.

Tak pernah jadi.

Kadang-kadang fikir balik, ada hasil ke buat benda ni? Bayangkan spend berjam-jam depan komputer dan end up software tu di’shelve’kan je. Tapi…

Truth is anything you do, any tutorial you follow, any project you start and never finish, any dead-end that you head down, it’s not wasted. It’s all experience that is accumulating over time. -LiveOverflow, YouTube

Apply this to anything

Satu benda yang aku boleh share, kalau korang rasa macam putus asa. Will this worked out? Ada hasil ke? Orang kata macam-macam. Buat je sampai jadi. Mungkin tak jadi untuk kali pertama mungkin kali ke 5 baru jadi. Kadang benda tu perlukan masa, effort dsb. Tapi tak cuba takkan tau, yang penting jangan ubah goal, target. Stick to one, till work out.

Mana tau ada orang call pukul 2.45 am.

Bfst

I want the code to be super maintainable, not just piece of garbage bin. I spent whole hammering one features that probably can be done in less than an hour. It’s super stressed when things didn’t worked out the way you’d want it to be.

The progress is pretty darn slow.

Its just another burnout.

Befast.my, kedai online untuk semua.

Kalau korang jual barang, atau ada brand/produk sendiri, atau sediakan servis atau ada digital produk atau ada mengelapai mana-mana NGO. Korang mungkin akan dapati Befast.my akan memudahkan operasi bisness korang.

Befast.my ialah sebuah software e-commerce di mana bila korang register, korang akan terus ada kedai online sendiri yang membolehkan korang mengurus transaksi daripada pelanggan.

Contohnya. Irfan pergi ke laman befast.my dan register kedairfan.com sebagai kedai buku online dia. Selepas setup kedai dan memasukkan info mengenai buku yang dia ingin jual seperti harga dan deskripsi. Buku-buku Irfan sedia untuk dijual.

Untuk pelanggan Irfan pula, selepas memilih buku dan membuat pembayaran, dia akan terima email yang mengandungi invoice PDF. Invois ini mengandungi info mengenai pembelian yang telah dilakukan.

Selepas Irfan memasukkan buku ke dalam sampul poslaju, Irfan boleh scan tracking kod poslaju masuk ke dalam kedairfan.com melalui telefon pintar dia. Kemudian, pelanggan akan diberatahu melalui sms atau email bahawa tracking code sudah dikemaskini.

Melalui email yang diterima, pelanggan Irfan boleh semak status tracking code dengan hanya menekan butang di dalam email mereka. Pelanggan Irfan kemudian dipaparkan dengan info mengenai status courier tracking tanpa perlu pergi ke laman web courier itu sendiri seperti poslaju tracking v2.

Dan pada bila-bila masa Irfan boleh jenguk Dashboard kedaiirfan.com untuk melihat prestasi jualan berdasarkan hari, minggu dan bulanan.

Ini merupakan sebahagian fungsi utama befast.my. Befast.my juga boleh juga digunakan untuk menjual produk digital, terima tempahan servis dan terima funding untuk NGO.

Antara fungsi lain yang mungkin tidak diceritkan di atas ialah:

  1. Kiraan Kos Penghantaran (Shipping Calculation)
  2. Pengurusan Stok
  3. Pembayaran online
  4. Bahasa Melayu/English/Mandarin
  5. Invois PDF
  6. Email / SMS Notification
  7. Pengurusan Pesanan
  8. Pengurusan Pelanggan
  9. Penjalan Produk Digital
  10. Social Media Integration (Facebook Pixel, Google Tag Manager, etc)
  11. Courier tracking
  12. Notifikasi order masuk
  13. Pesanan melalui WhatsApp
  14. Dan lain-lain

Kesemua 28++ orang early access, korang boleh access akaun befast.my pada akhir July 2020. InsyaAllah. Dan befast.my insyaAllah akan launch pada 31 December 2020.

Seorang lelaki ini.

Ada sorang lelaki ni, tak jauh pun dengan umur aku.

Mungkin 4 tahun atas aku.

Aku sangat admire dia.

Bukan kerana dia sama melayu dan muslim.

Bukan sebab dia Master in Computer Science.

Bukan kerana dia ada syarikat software.

Bukan kerana software dia digunakan lebih 140,000 servers seluruh dunia.

Bukan kerana 140,000 servers dalam kurang 4 tahun.

Bukan kerana dia bertanding dalam Silicon Valley untuk Startup World Cup.

Bukan sebab taraf dia taraf antarabangsa.

Bukan sebab dia disenaraikan dalam Forbes Magazine 30 Under 30.

Tapi sebab, dia seorang anak yang baik.

SwitchZ Early Access.

Aku tulis satu tweet, aku perlukan orang untuk join SwitchZ (codename sahaja) early access.

SwitchZ early access ialah access percuma untuk try software ni. So, korang boleh bagi tahu aku apa yang korang tak suka dan apa yang korang rasa aku improve dan features apa yang aku patut implement.

Dan untuk side aku, aku dapat validate idea/feature dan dapat detect bug pada peringkat awal. Jadi, tak de lah aku syok sendiri.

Adalah sorang kawan aku sorang ni blatantly reply “kalau SwitchZ ada potential, aku boleh suruh boss aku invest…” Macam tu lah. (Replied tweet deleted)

Aku tahu sekarang ni tengah trending invest sana-sini. Tapi janganlah blatantly reply macam tu. Tak akan membantu pun. Cukuplah aku berhenti twitter dulu sebab banyak benda merapu.

Dan shout out to Khairy dan Syafiq kerana interested, ana sangat menghargainya. Ana harap antuma sentiasa kacak, sihat dan bahagia. Dan begitu juga kepada 18 orang yang aku invite. Terima kasih kerana sudi menerima.

Aku tak perlukan ramai, mungkin lagi 10-15 orang. Faidhi akan cari selebihnya.

Aku bukannya tak tahu apa ‘angel’, venture, series A, series B, share A share B etc etc. 3 tahun lepas aku tulis investment portfolio management untuk syarikat pertama aku joined. Secara ringkasnya, kau buat valuation, pump duit dan dapat sebahagian daripada pegangan.

Dan, 5 tahun lepas aku pernah join ‘borak bisness’ dekat Jalan Reko, Kajang. Diskusi tentang, kenapa korang kena dapatkan pelaburan dari ai, vc etc. Aku tak berapa gemar dengan idea ‘jual air liur’ untuk dapatkan dana/geran dari pelbagai sumber macam mavcap, magic, kerajaan.

Bukan apa. Akhirnya korang bina produk berdasarkan orang lain punya expectation sebab dorang punya duit. Dan dorang akan involve in any way. Cukup-cukuplah hidup dengan expectation/target orang lain setkan. upsr5a, pmr9a, gpa9. Aku dah bosan. Korang sebenarnya boleh lebih tahu apa yang korang nak sebenarnya.

Bukan aku tolak secara total idea ni. Satu hari nanti mungkin perlu. Tapi aku percaya kepada organic growth dan aku tak percaya unicorn.

Realiti ialah, duit bukannya segalanya. Masa, tenaga usaha tu tak akan dapat dibeli dengan wang. Begitu juga dengan cinta. Kalau cinta kerana duit, tak akan kekal lama kerana duit akan habis juga.

Investment perlukan pengorbanan. Kalau korang invest duit, korang hilang duit, dengan harapan duit yang lagi banyak akan dapat. Sama dengan masa, tenaga dan usaha. Kalau korang invest dengan masa, korang akan kena korbankan sesuatu.

Aku rasa benda aku korbankan ialah gaming bermula pada tahun 2014. 600 subscribers YouTube, 400k YouTube total view dan kena buang asrama sebab fly untuk buat video baru. Bukan senang nak hilangkan game addiction. Boleh tengok video gaming dekat IGTV aku.

Tapi dengan korbankan benda tu, aku dapat kopiahmedia.com, Caliph Cloud, carazu.com, sekolahkini.com etc etc. Dan berdasarkan wakatime, untuk 2018 sahaja aku lebih 1000 jam spent untuk tulis code.

Aku tak nafikan, aku takkan dapat buat semua ni tanpa 8 tahun Haikal Adnin Mohd Naim di sisi. Terima kasih kerana laburkan telinga dan keringat dengan idea-idea selama ni. Dari dulu, sekarang dan akan datang.

Dari hari pertama jumpa dekat kisas, buat video untuk PM Najib. Sampai idea nama SwitchX bawah kipas masjid negeri Shah Alam (aku ada lagi gambar tu). Sampailah last kita jumpa dekat airport. Kau ini, one in 7 billion.

Lagi 12 hari, study aku nak sampai ke penghjungnya. Aku akan start tulis SwitchZ. Pada masa yang sama aku juga kena cari makan. Terpaksa lah aku spend 70 jam seminggu untuk 6 bulan seterusnya. Bagaikan menelan kaca.

Aku tahu ramai orang tiada kerja. Tambah pula dengan korona. Aku harap software yang aku tulis ni dapat bantu korang dapatkan rezeki tuhan yang luas dan juga kongsi dengan orang lain sekali. Korang semua investor kepada SwitchZ.

Dan jika semuanya dipermudahkan, insyaAllah akhir July, early access akan di buka untuk korang godek beberapa early features. Dan insyaAllah bulan 1, 2021 akan dibuka kepada public, dan sales akan bermula.

Tak sabar.

Ramadhan2020 SwitchZ

Aku hype juga lah finally ada aku dah jumpa orang yang power digital marketing dan ada pengalaman buat sales.

Kalau korang selalu jual keropok goreng mungkin benda ni senang untuk korang.

Tapi sepi sebenarnya ianya satu skill untuk bina trust. Ianya perlukan masa. Dan setiap orang hanya ada 24 jam sehari.

Dan, siapa kata dia boleh tulis code sambil buat sales dalam satu hari. Dia penipu.

Untuk ringkasan, SwitchZ ialah final iteration of SwitchX, successor of SwitchY, SwitchXY software yang aku tulis 5, 3, 1 tahun lepas. Boleh baca: E-Commerce that build on simplicity.

Aku akan explain lagi dalam next-next-next blog post akan datang.

23 May, Faidhi tanya aku boleh tak aku features macam kiah.store dan yezza.io.

Ya, features tu aku dah tulis dekat kertas yang aku gantung dalam bilik dan aku dah tulis blog post untuk features tu beberapa bulan lepas, boleh baca sini.

Aku pula tanya faidhi boleh tak kita dapatkan n amount of subsribers untuk dapatkan n amount of outcome before akhir 2021.

InsyaAllah..

Mestilah boleh. Kena banyak doa.

Faidhi tanya NZ raya bila. Aku kata Isnin kot. Puasa lambat.

Tiba-tiba Fianz announce raya esok.

*** Maka, kelam kabutlah suruh Faidhi doa sementara dia masih dalam Ramadhan. ***

Original SwitchX source code (https://github.com/izzudin96/switchx). Written 5 years ago.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم

Pelaburan 101

Ada satu komik pendek yang aku baca kat Facebook. Tajuk dia lebih kurang “Cara terbaik untuk invest”. Dia mulakan dengan sedikit “clickbait”. Samalah dengan tajuk posting ni.

Mula-mula aku ingatkan mesej dia kearah cara-cara nak invest dalam bursa dsb. Tetapi rupanya mesej dia ialah, pelaburan terbaik adalah, pelaburan kepada diri sendiri. Aku letak link ke url tu dekat bawah (tak jumpa).

Sedikit cerita.

Lepas sekolah, ramai dalam kalangan kita mohon kerja, just to get some money before going to college etc. Ada yang dapat jadi designer dekat Majalah Jom, ada yang dapat tawaran Deenify, ada yang buat freelance design majalah. Memanglah tak dapat banyak, tapi adalah sikit duit beli kasut untuk pergi kelas.

Itu sesetengah orang akan buat.

Aku cuba benda yang sama, spam email dekat Deenify, Cocombees dan lain-lain dengan harapan diterima.

Sementera mengharap dengan harapan tidak terkena harapan palsu, aku buat satu pelaburan yang aku kita semua boleh buat, tapi ketekunan yang membezakannya. Iaitu pelaburan masa.

Aku 18, baru dapat lesen. Satu benda yang buat aku fikir, “Kereta mana yang lagi kuat makan minyak”. Nak kira pakai kalkulator, tak ingat formula. Aku fikir why not aku tulis simple app yang tolong kirakan.

Puas aku tengok berjam-jam video tutorial, dan berjaya tulis satu script guna php+html untuk kira fuel efficiency. Benda tu simple je, tapi masa tu aku ambil masa seminggu untuk buat.

Seminggu tu, korang sebenarnya belajar banyak benda. Bukan sahaja korang belajar macam mana nak tulis kode, korang juga akan tau nak pakai text editor apa, camana nak setup suasana lokal dan lain-lain.

Tapi, dengan masa yang ada tu, korang sebenarnya dah ambil langkah dari tak reti nak tulis php kepada reti tulis. Daripada tak tak reti nak cari solusi, korang dah tau kat mana nak cari. Daripada 1 meter korang dah pergi 10 meter, dengan bermula dengan satu kayuhan.

Pelan-pelan kita kayuh.

Dan bila korang kayuh lama-lama, bila korang labur masa korang untuk belajar dan buat benda baru. Perlahan-lahan benda yang dulu susah akan jadi senang.

Dulu mungkin korang perlukan 10 jam untuk satu bina satu benda, sekarang mungkin sehari. Dulu mungkin korang perlukan seminit untuk habiskan satu pusingan voledorm, sekarang mungkin 50 saat.

Korang takkan bina tesla, korang takkan pergi ke Marikh. Tapi korang dah buat pelaburan kepada diri sendiri yang pertama, dan nilai dan morale dalam diri korang akan meningkat dari masa ke masa.

Paling kurang pun, korang boleh pergi temu duga, “I’ve built my own ….”. Dapat kerja, sudah cukup untuk makan nasi lemak ciast atau cinta sayang setiap hujung minggu. Lapaq nasi lemak pulak malam buta ni.

Let’s just halt carazu for a while. I want to start working on dmtepi.com

Setiap tahun aku akan tulis yearly blogpost. Cuma, 2018 masih lagi draft. 2019 single quote yang aku dapat dari YouTube.

2020?….. I will make this one happen. Let’s just set a date, 29 Feb 2020.

The last 10 years has been fun, let’s plan what will be the next 10 years.

I was thinking of re-writing carazu.com’s frontend (read this). But it turned out that the back-end needs to re-written as well. One of the major reasons is, when I started writing carazu.com, I didn’t write any test code which made me thinking which part of the software will break if I make little changes. Shelve it!

dmtepi.com. This is the easiest way to make money with fewer development resources and time. It combines

  • Advertisement as a service
  • Software as a service
  • Analytics as a service

3-in-1. I don’t how but, I need to make it work before July 2020. I don’t usually meet due dates, but it’s a good start to have such as optimistic due date.